Yayasan Malaysian Press Institute atau MPI lahir pada 3 April 2007. Ia mengambil alih peranan Institut Akhbar Malaysia setelah diperbadankan mengikut Akta Syarikat, 1965. Ia beroperasi sebagai sebuah yayasan sepenuhnya pada tanggal 1 Oktober 2007. Dengan status baru itu, MPI akan memperhebatkan peranannya:
melatih pengamal media menjadi lebih berpengetahuan mengenai ilmu terkini dunia kewartawanan.
memperkasa wartawan agar penulisan dan penerbitan mereka membantu pembangunan negara dan perpaduan rakyat negara ini.
mengiktiraf pelbagai genre karya terbaik dunia kewartawanan Malaysia.
menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung media massa dan kewartawanan.