
MPI - sebuah institusi latihan dalam bidang kewartawanan mempelawa individu yang berkelayakan dan dedikasi untuk menyertai kami.
PEMBANTU, PROJEK
Tanggungjawab
- Membuat laporan harian mengenai media utama Malaysia.
- Merancang dan melaksanakan kurusus yang dianjurkan MPI.
- Mendokumentasi dan membuat laporan berhubung kursus yang dijalankan.
- Merancang dan melaksanakan tugas-tugas menyelidik dan menyediakan laporan.
- Menulis untuk laman web Yayasan MPI dan membuat penyelidikan untuk ?Pusat Rujukan Media Malaysia
- Menyelaras perancangan dan membaca prof buku-buku terbitan MPI.
- Menyelaras perancangan, rakaman dan penyuntingan video-video penerbitan MPI.
- Membantu kerja penyelidikan ucapan dan presentation.
- Mengurus, merancang dan menganjur majlis-majlis anjuran Yayasan.
Kelayakan Kerjaya
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah dalam bidang Sains Sosial / Kewartawanan.
- Penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris yang baik.
- Celik Komputer dan mampu menggunakan perisian Microsoft Office 2007, Adobe Photoshop, IIustrator, InDesign dan berminat mempelajari bidang videografi.
- Mampu bekerja mengikut syif dan waktu kerja yang panjang termasuk pada hari cuti.
- Berminat serta mampu menganjurkan majlis-majlis kelolaan Yayasan.
ARTIS GRAFIK
Tanggungjawab
- Melukis dan melakar grafik, logo, membuat lay-out iklan dan menyediakan bahan-bahan kursus.
- Memperkemas design, layout serta mempermantapkan lagi laman web sedia ada.
- Membantu Penyelidik memuatkan bahan-bahan dalam laman web dan mengemaskini berita MPI.
Kelayakan Kerjaya
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah dalam bidang Grafik / Seni Lukis / Komputer / ICT. Mahir atau berpengalaman menggunakan perisian PHP/AJAX/J DHTML, XML, JAVA SCRIPT/PERL/CGI Databases ::: MYSQL/SQL SERVER.
- Juga cekap dengan perisian Adobe Photoshop, Ilustrator, Indesign dan Microsoft Office.
- Mereka yang mempunyai pengalaman dalam Web Design dan pengalaman membangunkan laman web akan diberi keutamaan. Sanggup bekerja pada hari cuti dan waktu kerja yang panjang.
Mereka yang berminat membuat menjalankan tugasan secara sambilan juga boleh memohon.
PEMANDU / PEKERJA AM
Kelayakan Kerjaya
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Penilaian Menengah Rendah.
- Berumur dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun.
- Memiliki Sijil Memandu yang sah.
- Mahir dengan selok belok jalan-jalan di Lembah Kelang.
- Tidak mempunyai rekod kesalahan lalu lintas atau jenayah.
- Sanggup bekerja di luar waktu pejabat dan juga pada hari cuti.
HANTARKAN PERMOHONAN LENGKAP BERSERTA GAMBAR KEPADA:-
Malaysian Press Institute
54A, Jalan Tun Mohd. Fuad 1,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur |
Atau email kepada hr@mpi.com.my
|
|
|
|