
Menerajui perubahan - membina jaringan
MPI berusaha menerajui perubahan dan mengembangkan kapasiti dan bekerjasama dengan semua pihak media; mengenalpasti teknologi terbaru dunia kewartawanan; menjalinkan kerjasama dengan semua rangkaian atau institusi lain yang mempunyai matlamat yang selari; menerbitkan bahan bagi penyebaran maklumat kepada para pembaca dan penonton seluruh negara dan pihak-pihak antarabangsa yang berminat.
Permeteraian
perjanjian persefahaman MOU antara MPI
dan Thomson Foundation. MPI diwakili
oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk
Chamil Wariya manakala Thomson oleh
Ketua Pakatan Serantaunya, Russell Lyne
sambil disaksikan oleh Menteri Penerangan,
Datuk Seri Zainuddin Maidin.
Setakat ini MPI mempunyai
perjanjian kerjasama dengan:
-Thomson Foundation
yang berpangkalan di Cardiff, United
Kingdom.
-Universiti Malaya.
Perjanjian kerjasama itu membabitkan bidang latihan, penyelidikan dan penerbitan.
Kakitangan
Beroperasi dengan tenaga kerja kecil beribu pejabat di Kuala Lumpur, MPI telah menjalankan kerjasama yang erat dengan lebih kurang 100 pakar media yang terdiri daripada wartawan, editor dan pengamal media yang mempunyai pengalaman luas. Bersama mereka MPI menganjurkan:
- Kursus-kursus kewartawanan asas dan pembangunan kewartawanan.
- Kursus kewartawanan antarabangsa bagi wartawan muda dunia ketiga.
- Kursus dan latihan amali untuk pelajar dan tenaga pengajar IPTA dan IPTS.
- Projek komunikasi media untuk NGO, syarikat korporat, kakitangan awan dan agensi kerajaan.
- Penerbitan bahan multimedia - cetak dan video berhubung dunia kewartawanan.
Menjamin ketelusan - lembaga pemegang amanah dan majlis pentadbir
Bagi memastikan
ketelusan dan akauntabiliti MPI, sebuah
Lembaga Pemegang Amanah dengan 7 anggota
ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Datuk
Azman Ujang yang juga Pengurus Besar,
BERNAMA. Lembaga ini bekerjasama erat
dengan Majlis Pentadbir MPI yang bertanggungjawab
menentukan dasar dan hala tuju yayasan
selari dengan kehendak ahli-ahli.