

New Straits Times

Ditubuhkan pada 1845, akhbar New Straits Times Berhad ( dikenali sebagai NSTP) adalah akhbar berbahasa Inggeris yang tertua di Malaysia. Mulanya NST diterbitkan dengan format lebar sehelai. Ia bagaimanapun, kemudiannya mencontohi akhbar-akhbar British, The Times dan The Independent, versi tabloid telah diterbitkan pada bulan September 2004 dan sejak 18 April 2005 hingga kini, NST hanya diterbitkan dalam format tabloid.
Penerbitan NSTP bermula apabila Robert Carr Woods yang dilantik sebagai editor pertama NST menyunting dan mencetak terbitan pertama Straits Times dan Singapore Journal Commerce pada 15 Julai, 1845 menggunakan pencetak tangan di dalam sebuah gudang di No. 7, Segi Empat Perdagangan (kini dikenali sebagai Raffles Place), Singapura. Akhbar pertama NST ini mengandungi lapan muka surat, diterbitkan lebih kurang 200 salinan pada setiap Selasa dan dijual pada harga 10 sen senaskah.
Hari ini, New Straits Times dikenali sebagai sebuah akhbar yang berpengaruh apabila mampu mengumpul pembaca yang tergolong daripada kerajaan dan sektor-sektor korporat, cendekiawan, para profesional muda dan pelajar-pelajar dengan berimejkan membentuk kepimpinan rakyat.
Berita Harian

Berita Harian diasaskan pada 1 Julai 1957. Akhbar ini diterbitkan dalam lima edisi. Edisi harian didatangkan dalam 3 bahagian utama; iaitu Bahagian Utama, Bahagian Nasional dan Bahagian Tema. Bahagian Nasional dibahagikan kepada edisi Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Sabah- Sarawak. Berita Harian juga memuatkan akhbar tabloid Joran, eksklusif untuk aktiviti memancing yang diterbitkan setiap Jumaat.
Sasaran akhbar ini adalah semua peringkat lapisan masyarakat; suri rumah, golongan kelas pertengahan dan ahli perniagaan. Berita Harian diedar sehingga 300,000 setiap hari dan dibaca oleh seramai 1.403 juta pembaca yang berada dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas.
Berita Minggu merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu. Ia diterbitkan secara mingguan dan diterbitkan dalam lima edisi iaitu Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Sabah Sarawak. Ia merupakan versi Ahad bagi akhbar Berita Harian.
Akhbar ini menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat; suri rumah, golongan kelas pertengahan dan ahli perniagaan.
Berita Minggu merupakan akhbar yang kedua tertinggi jualannya di Malaysia, selepas Mingguan Malaysia iaitu dengan 333,334 naskhah sehari (berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Audit Bereau Circulation atau ringkasnya ABC, bagi tempoh 1 Julai 2005 - 30 Jun 2006) dan dibaca oleh seramai 2,329,000 pembaca sehari (berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Media Atlas Malaysia bagi tempoh suku ke 3 2005 hingga suku ke 3 2006).
Harian Metro
Sebelum kehadiran Harian Metro, kalangan pendokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang.Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan sehinggalah Kumpulan New Strait Times Press menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk Tabloid itu dilahirkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd. Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Sinai ialah 15,000.
Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya pada 202,800 naskhah pada 21 Disember 2003. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 209,700 naskhah pada 28 Disember 2003.
Matlamat Harian Metro ialah untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai peristiwa berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya pada hari sama ia terjadi. Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan luar negara.
EDITORIAL
|
|
Datuk Hishamuddin Aun
Ketua Pengarang Kumpulan, NSTP |
Datuk Syed Nadzri Syed Harun
Pengarang Kumpulan, NSTSB / Pengarah Penerbitan Bahasa Inggeris
|
| |
|
|
|
Datuk Manja Ismail
Pengarang Kumpulan, BHSB / Pengarah Penerbitan Bahasa Melayu |
Mustapa Omar
Editor Eksekutif, Harian Metro & Metro Ahad |
Penerbitan Online dipegang oleh NSTP e-Media Sdn Bhd, penerbitan elektronik bagi NSTP. NSTP e-media berfungsi bagi mengagregatkan kandungan editorial harian dan menerbitkan dalam NSTP penerbitan cetak dan bagi laman web
Bahagian yang ada minat khas ada dalam keempat-empat akhbar terdapat dalam via penerbitan serta servis lain dalam laman Via NSTP e-Media